10/29/17

PANDUAN KELAS ONLINE WEBINAR

PANDUAN KELAS ONLINE WEBINAR






TUTORIAL LOG MASUK KE WEBINAR

Sebelum diterangkan lebih lanjut cara untuk log masuk ke webinar ada 2 cara untuk log masuk sama ada menggunakan komputer atau Telefon pintar@ Tablet. Sebelum anda lakukan tutorial ini pastikan internet anda dalam keadaan stabil dan tidak putus-putus serta mempunyai kelajuan sekurang-kurangnya 1 Mbps.

Anda akan dimasukkan ke dalam Group Telegram. Pastikan anda sudah install Apps Telegram.

Group Telegram ini adalah platform untuk mengetahui info terbaru dari pihak penganjur berkenaan Kelas Online Webinar dan seterusnya menjadi tempat untuk perbincangan ilmu yang dipelajari.



TUTORIAL 1: Log masuk menggunakan komputer

Bagi menggunakan cara log masuk ini adalah perlu untuk menggunakan komputer sepenuhnya dan di galakkan menggunakan “browser” Chrome yang terbaru. Pastikan talian internet anda dalam keadaan stabil. Rujuk bahagian tip untuk pastikan anda dapat sertai webinar dengan lancar.

LANGKAH 1: 
Beberapa hari sebelum kelas bermula, email jemputan webinar akan dihantar (akan dimaklumkan dalam Grup Telegram).
Semak inbox email anda, pastikan anda mendapat email jemputan untuk sertai webinar email yang anda terima. Jika tiada dalam inbox sila semak di bahagian Spam atau Promotion. Email tersebut di hantar daripada rahsiatarikan@gmail.com.





LANGKAH 2: Seterusnya buka email tersebut dan paparan seperti di bawah akan keluar. Klik pada butang Join yang berwarna Hijau seperti gambar di bawah.






LANGKAH 3: Kemudian paparan di bawah akan keluar, isikan Nama anda dan alamat email anda. Kemudian klik pada “Register Now"





LANGKAH 4: Kemudian paparan seperti di bawah akan keluar. Menunjukkan anda telah berjaya daftar untuk masuk ke platform webinar.





LANGKAH 5: Kemudian anda akan menerima email pengesahan seperti gambar berikut.
Apabila anda sudah menerima email pengesahan ini, ini bermakna dah bersedia untuk masuk ke bilik webinar. Pada waktu kelas bermula, boleh klik butang JOIN WEBINAR untuk masuk ke Webinar Room.




TIP AGAR WEBINAR BERJALAN LANCAR
-        Webinar ini akan menggunakan banyak bandwith internet anda pastikan internet anda dalam keadaan stabil sebaiknya gunakan wifi.

-        Hentikan semua muatturun yang menggunakan internet yang sama

-        Hentikan penggunaan video streaming yang menggunakan internet yang sama

-        Pastikan kuota internet adalah mencukupi sekiranya anda menggunakan 3G atau 4G

-        Tutup semua aplikasi, software atau update yang menggunakan talian internet yang sama.

-        Pastikan anda install dan update “ADOBE FLASH PLAYER” untuk memudahkan anda melihat video yang di paparkan semasa webinar berlangsung.

-        Pastikan anda bersedia 15-30 minit lebih awal supaya tidak berlaku sebarang masalah. Persediaan awal sangat penting supaya dapat belajar dengan tenang.


-        Bilik Webinar akan mula dibuka setengah jam sebelum kelas bermula, dah boleh klik JOIN WEBINAR

JIKA BERLAKU SEBARANG MASALAH SEMASA WEBINAR BERLANGSUNG SILA WHATAPPS/TELEGRAM KE 0192766433 (BA’ITH)
BOLEH JUGA BERTANYA DI DALAM GROUP TELEGRAM


** SEKIRANYA ANDA MENGALAMI MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN, JANGAN RISAU... 
VIDEO RAKAMAN DISEDIAKAN. LINK VIDEO AKAN DI EMAIL KEPADA SEMUA PESERTA DAN BOLEH LIHAT / ULANGKAJI SEMULA :)

No comments:

Post a Comment